Sunday 15 July 2012

               CONTOH TEROMBA

 TEROMBA ADAT

  hidup dikandung adat,
  mati dikandung tanah.

  adat dipakai baru,
  kain dipakai usang.

  yang elok dipakai,
  yang buruk dibuang.

  lembaga berlinkungan,
  undang kelintasan.

 duduk meraut ranjau,
 tegak meninjau jarah.

 ke darat adat perpatih,
 ke laut adat temenggung.

 ke laut berteromba,
 ke darat bersalasilah.

 adat bersendi hukum,
 hukum bersendi Kitab Allah.
               FUNGSI TEROMBA

a.   Memberi panduan dan pendidikan tentang cara hidup atau sistem hidup bermasyarakat yang baik dan harmoni melalui adat, peraturan dan undang yang dibentuk. Dalam rangkap 2, menjelaskan keutamaan adat dan masyarakat mesti mengikut kebiasaan yang telah dijadikan peraturan setempat. Penghulu, ulama masing-masing dengan tugas mereka. Begitu juga dengan pahlawan, juara, saudagar dan kaum wanita.


b.   Membentuk dan membina satu masyarakat yang harmoni.

               CIRI TEROMBA

  >> Sejenis puisi berbentuk bebas atau puisi tidak terikat.


  >> Rima akhir teromba adalah tidak tetap.


  >> Terdapat penggunaan jenis puisi Melayu tradisional yang lain seperti penggunaan peribahasa

TEROMBA

               DEFINISI TEROMBA


  Merupakan susunan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi. Puisi ini dikenali juga sebagai puisi adat. Adat yang dimaksudkan ialah adat Minangkabau yang mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehidupan sosial dan mengamalkannya.
               CONTOH TALIBUN

  KEINDAHAN DAN KEMAKMURAN NEGERI

  Medannya indah bukan kepalang
  Rantaunya luas bagai dibentang
  Tebingnya tinggi bagai diraut
  Pasirnya serong bentuk taji
  Batunya ad besar kecil
  Yang kecil pelontar balam
  Jikalau untung kena ke balam
  Jikalau tidak kena ke tanah
  Menderu selawat ibu ayam
  Helang disambar punai tana.
  Seumpama kundur dengan labu,
  Kecil pohon besar buahnya,
  Negerinya beruntung negaranya bertuah.
  Cari di darat boleh di darat
  Cari di laut boleh di laut
  Ayam itik penuh di reban
  Lembu kerbau penuh di tengah padang
  Gajah badak penuh di tengah hutan
  Sejuk dingin seperti ular cintamani
  Di negeri teluk bidung kota lama.
               FUNGSI  TALIBUN

    
   Untuk memerikan secara terperinci tentang sesuatu gambaran seperti suasana, benda dan sifat manusia dalam bentuk yang ringkas, teliti dan menyeluruh. 
  Umumnya, talibun merupakan gambaran pemikiran masyarakat khalayak yang mementingkan perincian tentang sesuatu, tetapi disusun dan dibentuk dengan keindahan terutamanya penggunaan gaya bahasa.
  Fungsi dan kedudukan talibun adalah sebagai sisipan di dalam sesebuah cerita lipur lara. Fungsi talibun di dalam sesebuah cerita adalah sebagai pemerian kepada cerita berkenaan dan memperjelaskan perlukisan tersebut.
               CIRI & BENTUK TALIBUN

  Struktur talibun berbentuk bebas iaitu dalam serangkap talibun tidak mempunyai jumlah baris, jumlah perkataan dan jumlah suku kata yang seimbang. Talibun juga tidak mempunyai sistem rima tertentu.

  Dalam sesuatu unti talibun, mungkin terdapat sisipan daripada genre puisi yang lain seperti pantun, syair dan sebagainya, tetapi ternyata sisipan ini dianggap sebahagian daripada rangkap talibun.

  Penggunaan bahasa perulangan menjadi lumrah dalam pembentukannya.Teknik perulangan ini bukan sahaja wujud dalam penggunaan gaya bahasa tetapi juga pengulangan seluruh puisi tersebut. 
  Isi atau tema sesebuah talibun berhubungan dengan pemerian yang dilukiskan di dalam sesebuah konteks. Misalnya untuk memerikan atau melukiskan keindahan sesebuah kota, kecantikan seseorang puteri atau kesaktian sejenis senjata dan unsur-unsur di dalam sesebuah cerita.

TALIBUN

               DEFINISI TALIBUN

 
    Talibun ialah puisi berangkap tentang perincian sesuatu objek atau peristiwa, dan umumnya terdapat dalam genre lipur lara. Sejenis puisi Melayu berbentuk bebas (ikatan puisi bebas) Digunakan sebagai sisipan / selingan dalam cerita lipur lara.
               CONTOH GURINDAM

  Raja muafakat dengan menteri,
  Seperti kebun berpagarkan duri,
  Betul hati kepada raja,
  Tanda jadi sebarang kerja,
  Hukum adil terhadap rakyat,
  Tanda raja beroleh inayat,
  Kasihkan orang yang berilmu,
  Tanda rahmat atas dirinya,
  Hormat akan orang pandai,
  Tanda mengenal kasa dan cindai.
               JENIS GURINDAM

    
   
    
  >> Gurindam Berkait Gurindam yang bait pertamanya mempunyai hubungan dengan bait berikutnya

  Contoh
a. sebelum bekerja pikir dahulu
agar pekerjaan selamat selalu

  >> gurindam berangkai gurindam yang kata pertama pada baris pertama tiap gurindam sama

  contoh
a. cahari olehmu akan sahabat
yang dapat dijadikan obat 
               CIRI & BENTUK GURINDAM

    
   >> Merupakan puisi bebas atau tidak terikat
    >> Rangkap :  Mempunyai 2 baris dalam serangkap atau beberapa baris dalam serangkap.  Setiap baris dalam rangkap merupakan isi atau maksud dan perlu bersambung dengan baris-baris dalam rangkap berikutnya untuk membawa makna yang lengkap.
Baris pertama dikenali sebagai “syarat” dan baris kedua dikenali sebagai “jawab”. Baris pertama “syarat” menyatakan sesuatu fikiran atau peristiwa dan baris kedua pula menyatakan keterangan atau menjelaskan apa yang telah dinyatakan oleh baris atau ayat pertama tadi.
    >> Perkataan :  jumlah perkataan sebaris juga tidak tetap.
    >> Sukukata :  jumlah sukukata juga tidak tetap.
    >> Rima : rima akhirnya juga tidak tetap
               FUNGSI GURINDAM

     
Berdasarkan isinya, gurindam dapatlah dianggap sebagai puisi yang digunakan untuk tujuan pendidikan dan hiburan. Selain itu, gurindam juga berfungsi sebagai dokumentasi gambaran masyarakat yang dapat memancarkan kreativiti dan estetika serta daya intelektual masyarakat Melayu lama dalam menangani hal kehidupan mereka. Gurindam juga dapat dijadikan media komunikasi antara ahli masyarakat, terutama dalam majlis-majlis yang formal.

GURINDAM

                 DEFINISI GURINDAM

Menurut Ismail Hamid (1989), istilah gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit. Walaupun berasal daripada bahasa asing, tetapi dalam perkembangan puisi Melayu, gurindam yang berkembang dalam tradisi lisan Melayu mempunyai bentuknya yang tersendiri dan kelainan dengan gurindam dalam bahasa Sanskrit. Menurut Raja Ali Haji, “…adapun gurindam itu, iaitu perkataan yang bersajak akhir pasangannya, tetapi sempurna perkataannya dengan satu pasangannya sahaja, jadilah seperti sajak yang pertama itu syarat dan sajak yang kedua itu jadi seperti jawab” (Sutan Takdir Alisjahbana, 1954)

            Berdasarkan definisi yang diberikan oleh Raja Ali Haji, Sutan Takdir Alisjahbana (1954) menjelaskan pembentukan gurindam yang biasanya terjadi daripada sebuah kalimat majmuk, yang dibahagi menjadi dua baris yang bersajak. Tiap-tiap baris itu ialah sebuah kalimat, dan perhubungan antara dua buah kalimat itu biasanya ialah perhubungan antara anak kalimat dengan induk kalimat. Jumlah suku kata tiap-tiap baris itu tidak ditentukan. Demikian juga rimanya tiada tetap.
        Sebelum itu, dalam Pelita Bahasa Melayu Penggal III (1957), Za’ba pernah mengatakan bahawa, “gurindam dan seloka lebih kurang sama, iaitu satu jenis syair meleret yang tidak teratur, berangkap-rangkap dan tiada tetap sukatnya, timbangannya dan sajaknya. Maka, jika ada pun perbezaanya antara dua itu ialah pada keadaan isinya dan bahasanya sahaja iaitu:

i )        Gurindam bahasanya selalu padat dan bernas, dan isinya lebih cenderung kepada riang dan sukacita sebagai nyanyian, jenaka, senda gurau, kelakar, dan sindiran giat yang bermain-main dan menggeli-gelikan hati. Yang demikian menunjukkan ada kesempatan boleh melengah-lengahkan masa dan menyuka-nyukakan hati.

ii )        Seloka bahasanya kerap kali meleret dan lanjut, dan sindir giatnya selalu tajam dan bias seperti mengejek, dan selain daripada itu boleh juga isinya mengandungi perasaan-perasaan hiba-rawan, sedih-sayu, asyik-berahi, khayal, mimpi dan angan-angan. Yang demikian menunjukkan ada kesempatan pula boleh melengah-lengahkan masa dengan perkara-perkara seperti itu.
        Harun Mat Piah (1989), kemudiannya menjelaskan lagi definisi gurindam berdasarkan bentuknya, iaitu sejenis puisi Melayu lama yang tidak tentu bentuknya sama ada terikat atau tidak. Bentuk yang terikat terdiri daripada dua baris serangkap dan mengandungi tiga hingga enam patah perkataan dalam sebaris dengan rimanya a, a. Biasanya beberapa rangkap gurindam diperlukan untuk melengkapkan satu keseluruhan idea.

Sunday 1 July 2012

               CONTOH SELOKA

     Ayuhai malang Pak Kaduk,
     Ayamnya menang kampung tergadai,
     
Ada nasi dicurahkan,
     Awang pulang kebuluran,
     Ada isteri di bunuh,
     Nyaris mati oleh tak makan,
     Mudik menongkah surut,
     Hilir menongkah pasang,
     Masa belayar kematian angin,
     Sauh dilabuh bayu berpuput,
     Ada rumah bertandang duduk,
     Rumah runtuh awak menumpang
               FUNGSI & JENIS SELOKA

   

       Fungsi seloka amat terbatas, secara umumnya seloka dapat menggambarkan masyarakat yang melahirkannya, iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan.Bersesuaian dengan sifat halus orang melayu. Puisi seloka digunakan secara meluas sebagaimana peribahasa atau teromba.

       Fungsinya amat bergantung kepada isinya iaitu untuk menyindir, mengejak, menempelak seseorang, melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia, memberi pengajaran dan panduan kepada seseorang dan sebagai alat kawalan sosial atau protes sosial.

     

         JENIS SELOKA 
 
   -Seloka mengejek
   -Seloka khayal
   -Seloka melarat
   -Seloka gurau senda
               CIRI-CIRI SELOKA

    >> Satu bait seloka terdiri daripada 4 baris atau lebih.
   >> Memiliki lebih dari satu bait.
    >> Seloka pula disusun secara berangkap.Namun setiap rangkap tidak tetap,jadi rima akhir adalah bebas.isi seloka biasanya bersifat menyindir atau mengejek seperti seloka Pak kaduk.
     >> Berasal daripada perkataan sanskrit bermaksud karangan berangkap yang melarat.
     >> Tidak tetap bilangan baris dan iramanya.
     >> Isinya lebih kepada mesej-mesej lucu,jenaka,ejekan,gurauan atau sindiran yang tajam.
     >> Sebuah seloka mempunyai kesatuan isi atau idea yang lengkap

SELOKA

               DEFINISI SELOKA

      Seloka ialah puisi tradisional melayu yang berbentuk bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap. Jumlah baris, sama ada mempunyai irama atau pun tidak. Antara ciri seloka adalah mengejek, menyindir, secara serius atau jenaka mahupun mengkritik tingkah laku dan sifat negatif seseorang ataupun kelompok masyarakat.
     

         Menurut kamus dewan edisi ke-4, seloka ialah sejenis puisi yang mengandungi ajaran seperti sindiran mahupun jenaka. Kata seloka berasal dari bahasa sanskrit iaitu 'sloka'. Seloka biasanya ditulis dua atau empat baris dan terkadang seloka juga ditulis lebih dari empat baris.
               CONTOH  SYAIR

    
  
    Dengarkan tuan ayahanda berperi,
    Kepada anakanda muda bestari,
    Jika benar kepada diri,
    Nasihat kebajikan ayahanda beri.


    Ayuhai anakanda muda remaja,
    Jika anakanda mengerjakan raja,
    Hati yang betul hendaklah disahaja,
    Serta rajin pada bekerja.


    Seperti air di dalam gelas.
    Menjalankan kerja janganlah malas,
    Zahir dan batin janganlah culas,
    Jernihkan hati hendaklah ikhlas,


    Jika anakanda jadi besar,
    Tutur dan kata janganlah kasar,
    Janganlah seperti orang sasar,
    Banyak orang menaruh gusar.


    Tutur yang manis anakanda tuturkan,
    Perangai yang lembut anakanda lakukan,
    Hati yang sabar anakanda tetapkan,
    Perasaan orang anakanda fikirkan.


    Kesukaan orang anakanda cari,
    Supaya hatinya jangan lari,
    Masyhurlah anakanda dalam negeri,
    Sebab kelakuan bijak bestari.


    Nasihat ayahanda anakanda fikirkan,
    Keliru syaitan anakanda jagakan,
    Orang berakal anakanda hampirkan,
    Orang jahat anakanda jauhkan.


    Setengah orang fikir keliru,
    Tidak mengikut pelajaran guru,
    Tutur dan kata haru biru,
    Kelakuan seperti anjing pemburu.


    Tingkah dan laku tidak kelulu,
    Perkataan kasar keluar selalu,
    Tidak memikirkan orang empunya malu,
    Bencilah orang hilir dan hulu.


    Itulah orang akalnya kurang,
    Menyangka dirinya pandai seorang,
    Takbur tidak membilang orang,
    Dengan manusia selalu berperang

Thursday 21 June 2012

          JENIS SYAIR
     
     --> Syair yang berupa naratif (cerita) termasuklah :
    -syair sejarah contoh syair potong gaji
    -syair romantik contoh syair jeragan budiman dan Jauhar Manikam


     --> Syair yang berupa non naratif (bukan cerita) termasuklah :
    -syair agama contoh syair kiamat
    -syair nasihat contoh syair kelebihan ilmu :ilmu itu bekalan hidup
    -syair teka-teki
               CIRI-CIRI SYAIR


        Setiap rangkap syair terdiri daripada empat baris serangkap. Ini bermakna tiap-tiap satu rangkap syair mengandumgi jumlah baris yang tetap..


     >> merupakan puisi terikat
   
     >> jumlah baris serangkap adalah tetap iaitu 4 baris
    
     >> setiap baris mengandungi 4 hingga 5 patah perkataan sebaris
   
     >> suku kata syair sebaris ialah 8 hingga 10 jumlah suku kata
    
     >> syair mempunyai rima akhir baris A A A A
    
     >> tiap 1 rangkap syair memerlukan beberapa rangkap syair yang berurutan untuk member idea yang lengkap. Syair adalah 1 penyataan yang berlarutan bagi mengemukakan cerita, kisah,       buah fikiran nasihat, dan puji-pujian.
        Sebab itulah syair ada AWALAN dan AKHIRAN...
   

SYAIR

               DEFINISI SYAIR

     Keseluruhan pengkaji sependapat bahawa istilah syair berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud puisi secara umum.Dalam Bahasa Melayu,istilah syair sudah menjadi satu istilah yang khusus.Syair Melayu tidak beracun syair daripada tradisi Arab atau mana-mana puisi Arab tetapi dalam bentuk dan acuan asli masyarakat Melayu (HARUN MAT PIAH).Namun,terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa syair Melayu juga dipengaruhi oleh syair puisi Arab (islam)..

Monday 18 June 2012

          PANTUN 2 KERAT
   
 contoh :
   Banyak udang banyak garam,
   Banyak orang banyak ragam.

rekaan sendiri :
   Main bola waktu petang,
   Waktu sekolah Shamin tak datang.




          PANTUN 4 KERAT


 contoh :
   Sungguh indah pintu dipahat,
   Burung putuh diatas dahan,
   Kalau hidaup hendak selamat,
   Taat selalu perintah tuhan.


  rekaan sendiri :
    Pergi ke kebun menanam jagung,
    Sambil menanam suka berpantun,
    Kalau tersalah cakap jangan tersinggung,
    Cuma nak belajar cara bersopan santun.


         
           PANTUN 6 KERAT


   contoh :
     Ular tedung jangan dipermudah,
     Bisanya dapat membawa maut,
     Jika tidak mahu merana juga,
     Berhujan panas ak tak endah,
     Keris lembing aku tak takut,
     Kehendak hati kuturut tidak.


   rekaan sendiri :
     Pergi ke hutan mencari kayu,
     Mencari kayu untuk dibuat arang,
     Ingatlah pesan wahai anakku,
     Walaupun engkau memujuk rayu,
     Pada cikgu yang sangat garang,
     Sehingga tersentuh hati terpaku.




          PANTUN 8 KERAT


   contoh :
     Sarang merbah dicelah dahan,
     Tempat punai bermain disitu,
     Berkejar-kejaran anak rusa,
     Tampak dari tanah seberang,
     Bersyukur ak kepada tuhan,
     Kalau nasib memang begitu,
     Akan merana sepanjang masa,
     Harap ada kasihan orang.


  rekaan sendiri :
     Penuh air didalam kolam,
     Buat siram bunga di taman,
     Mentari terik nampak bebalan,
     Penat bermain dengan teman,
     Jangan disimpam hiba didalam,
     Nanti sakit tidak tertahan,
     Saudara kita sesama islam,
     Dari zaman Nabi Adam.


          
          PANTUN BERKAIT
   
rekaan sendiri :
    Kalau tuan pergi ke tanjung,
    kirim saya sehelai baju,
    kalau tuan menjadi burung,
    saya menjadi ranting kayu.
    
    Kirim saya sehelai baju,
    untuk dibuat kenang-kenangan,
    ke mana tempat hendak dituju,
    mestilah bandar Seri kayangan.


    Untuk dibuat kenang-kenangan,
    memberi hadiah iaitu selendang,
    perkara yang lalu masih dikenang,
    kerana dia Puteri Gunung Ledang.


    Memberi hadiah iaitu selendang,
    cantik dimata bila di lihat,
    janganlah kamu asyik berlenggang,
    kerana orang akan melihat.

Sunday 17 June 2012

          FUNGSI PANTUN


   Pada zaman dahulu pantun berfungsi sebagai aktiviti kehidupan masyarakat melayu dalam menyampaikan suatu hajat atau perkara. Fungsi pantun jugak dapat ketengahkan tema penting dalam sebuah pantun.


     Pantun juga dapat berfungsi sebagai


  >> menberi nasihat sosiallisasi dan pendidikan
  >> sindiran atau tempelak
  >> melepaskan rindu dan kasih sayang
  >> menyatakan penghargaan / kasih sayang
  >> berteka-teki atau mencabar ketangkasan fikiran
  >> hiburan atau jenaka
          JENIS PANTUN
     
     Pantun terdiri daripada pelbagai jenis, antaranya ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat, pantun sepuluh kerat dan pantun dua belas kerat. Selain itu, terdapat satu lagi bentuk pantun iaitu pantun berkait. Terdapat lapan jenis pantun yang dapat dibahagikan iaitu..


   --> pantun budi
  --> pantun jenaka
  --> pantun sindiran
  --> pantun teka-teki
  --> pantun kanak-kanak
  --> pantun adat resam manusia
  --> pantun nasihat & pendidikan
  --> pantun keagamaan & kepercayaan
  
          CIRI-CIRI ATAU BENTUK PANTUN


   Terdapat pelbagai bentuk ciri-ciri dalam sebuah pantun yang dapat dikenalpasti anataranya ialah

>>memiliki jumlah rangkap dalam pantun
>>mempunyai berapa baris atau kerat dalam sebuah pantun
>>mempunyai jumlah suku kata
>>rima hujung baris atau kerat mestilah ABAB atau AAAA
>>setiap rangkap ada pembayang dan maksud
>>memiliki hubungan makna antara pembayang atau maksud

PANTUN

          DEFINISI PANTUN
     Pantun merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas diguna pakai dan dikenali dalam bahasa Nusantara. Selain itu,dalam bahasa jawa,pantun dikenali sebagai parikan dan dalam bahasa sunda pula dikenali sebagai paparikan. Lazimnya pantun terdiri daripada empat baris dalam satu rangkap dan sebutan akhirnya akan mengikut pola A-B-A-B atau A-A-A-A..
     Pantun juga pada mulanya merupakan salah satu Sastera Lisan orang terdahulu untuk menyampaikan sesuatu perkara dalam bentuk nasihat atau pun sindiran. Namun,sekarang telah dijumpai juga pantun yang tertulis..Karmina dan talibun merupakan bentuk kembangan pantun, dalam artian memiliki bagian sampiran dan isi.      
 Karmina ~~pantun versi pendek(hanya dua baris)
Talibun~~pantuun versi panjang(enam baris atau lebih) 
     Pantun terdiri daripada dua bahagian iaitu pembayang dan maksud..

 Sungguh indah pintu dipahat,  (pembayang)
    Burung puyuh diatas dahan, (pembayang)
 Kalau hidup hendak selamat,  (maksud)
    Taat selalu perintah tuhan.  (maksud)

Saturday 16 June 2012

Welcome..

Alhamdullillah setelah sekian lme bfkir utuk mbuat blog ni akhirnye dpat jga mghasilkan dngn bntuan rkan sye..Walaupun mngalami msalah teknikal namun kje yg dbrikan tdak akan diabaikan,,huhu..sebab takut kene marah :D..Tugasan kali ni adalah membuat blog kesusasteraan melayu komunikatif..Mendengar tajuknye pun sudah cukup menggerunkan kerana merupakan subjek baru pada tahun 2012..Walaupun bukunya masih belum dikeluarkan,tetapi kami terpaksa membuat assigment tanpa menggunakan buku rujukan..Memang kelakar kalau membaca semula pantun2 yang dicipta sendiri,,sangat menggeletek hati,,hehe..Ape2 pun cay0k2 teruskan assigment untuk lebih maju ke hadapan.. ^_^