Sunday 15 July 2012

               CONTOH TEROMBA

 TEROMBA ADAT

  hidup dikandung adat,
  mati dikandung tanah.

  adat dipakai baru,
  kain dipakai usang.

  yang elok dipakai,
  yang buruk dibuang.

  lembaga berlinkungan,
  undang kelintasan.

 duduk meraut ranjau,
 tegak meninjau jarah.

 ke darat adat perpatih,
 ke laut adat temenggung.

 ke laut berteromba,
 ke darat bersalasilah.

 adat bersendi hukum,
 hukum bersendi Kitab Allah.
               FUNGSI TEROMBA

a.   Memberi panduan dan pendidikan tentang cara hidup atau sistem hidup bermasyarakat yang baik dan harmoni melalui adat, peraturan dan undang yang dibentuk. Dalam rangkap 2, menjelaskan keutamaan adat dan masyarakat mesti mengikut kebiasaan yang telah dijadikan peraturan setempat. Penghulu, ulama masing-masing dengan tugas mereka. Begitu juga dengan pahlawan, juara, saudagar dan kaum wanita.


b.   Membentuk dan membina satu masyarakat yang harmoni.

               CIRI TEROMBA

  >> Sejenis puisi berbentuk bebas atau puisi tidak terikat.


  >> Rima akhir teromba adalah tidak tetap.


  >> Terdapat penggunaan jenis puisi Melayu tradisional yang lain seperti penggunaan peribahasa

TEROMBA

               DEFINISI TEROMBA


  Merupakan susunan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi. Puisi ini dikenali juga sebagai puisi adat. Adat yang dimaksudkan ialah adat Minangkabau yang mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehidupan sosial dan mengamalkannya.
               CONTOH TALIBUN

  KEINDAHAN DAN KEMAKMURAN NEGERI

  Medannya indah bukan kepalang
  Rantaunya luas bagai dibentang
  Tebingnya tinggi bagai diraut
  Pasirnya serong bentuk taji
  Batunya ad besar kecil
  Yang kecil pelontar balam
  Jikalau untung kena ke balam
  Jikalau tidak kena ke tanah
  Menderu selawat ibu ayam
  Helang disambar punai tana.
  Seumpama kundur dengan labu,
  Kecil pohon besar buahnya,
  Negerinya beruntung negaranya bertuah.
  Cari di darat boleh di darat
  Cari di laut boleh di laut
  Ayam itik penuh di reban
  Lembu kerbau penuh di tengah padang
  Gajah badak penuh di tengah hutan
  Sejuk dingin seperti ular cintamani
  Di negeri teluk bidung kota lama.
               FUNGSI  TALIBUN

    
   Untuk memerikan secara terperinci tentang sesuatu gambaran seperti suasana, benda dan sifat manusia dalam bentuk yang ringkas, teliti dan menyeluruh. 
  Umumnya, talibun merupakan gambaran pemikiran masyarakat khalayak yang mementingkan perincian tentang sesuatu, tetapi disusun dan dibentuk dengan keindahan terutamanya penggunaan gaya bahasa.
  Fungsi dan kedudukan talibun adalah sebagai sisipan di dalam sesebuah cerita lipur lara. Fungsi talibun di dalam sesebuah cerita adalah sebagai pemerian kepada cerita berkenaan dan memperjelaskan perlukisan tersebut.
               CIRI & BENTUK TALIBUN

  Struktur talibun berbentuk bebas iaitu dalam serangkap talibun tidak mempunyai jumlah baris, jumlah perkataan dan jumlah suku kata yang seimbang. Talibun juga tidak mempunyai sistem rima tertentu.

  Dalam sesuatu unti talibun, mungkin terdapat sisipan daripada genre puisi yang lain seperti pantun, syair dan sebagainya, tetapi ternyata sisipan ini dianggap sebahagian daripada rangkap talibun.

  Penggunaan bahasa perulangan menjadi lumrah dalam pembentukannya.Teknik perulangan ini bukan sahaja wujud dalam penggunaan gaya bahasa tetapi juga pengulangan seluruh puisi tersebut. 
  Isi atau tema sesebuah talibun berhubungan dengan pemerian yang dilukiskan di dalam sesebuah konteks. Misalnya untuk memerikan atau melukiskan keindahan sesebuah kota, kecantikan seseorang puteri atau kesaktian sejenis senjata dan unsur-unsur di dalam sesebuah cerita.